Friday, December 14, 2012

Thursday, December 13, 2012

Soalan Latihan Bahasa Melayu Pemahaman



1.  “ ____________ tidak bersalah, tuanku,” kata Dang Melur kepada Permaisuri
     Cendana.
     A Beta
     B  Kami
     C  Kalian
     D Patik      


2. “  ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika
    berada di jalan raya,” nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam.
    A  Saya
    B  Kami
    C  Kalian
    D  Mereka


3.  Bau  ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci  
     dengan tepung gandum.
      A  hapak
      B  hamis
      C  tengik
      D  hanyir

4.  Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu.
     A dan
     B ketika
     C seraya
     D setelah
      

5.  Pak Harun  _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan
     niaganya.
     A akan
     B harus
     C belum

                                     
6.   ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minat
       yang berbeza.
      A Ketiga
      B Ketiga-tiga
      C Masing-masing
   

7. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang  
      lain.
      A  agak
      B  betul
      C  sekali


8.  Apa-apa  ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya
      dahulu.
      A lah
      B  tah
      C  kah
      D jua


8.  Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak
       yang banyak.
      A bolak-balik
      B lintang-pukang
      C simpang-siur
      D pontang-panting


9.  Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit.
      A jalan buntu
      B hilang punca
      C kering darah
                                                                                             
                                       
10.  “  ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas,” kata ketua darjah.
      A Sila
      B Ayuh
      C Minta
      D Semoga


11. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu
      kemalangan.

     Perkataan seerti bagi pekak ialah
     A tuli
     B tajam
     C kabur
     D jelas


12.  Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang harum.


      Perkataan berlawan bagi kembang ialah
      A kecut
      B kuncup
      C mekar
      D segar


13.  Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?
       A Dia menyikat rambutnya.
       B Pakaian Ani belum berbasuh.
       C Wanita itu memakai baju kebaya.
       D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.


 14.  Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.

        Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
        A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?
        B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?
        C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?
        D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?


15.    Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah
       Borhan.

         Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
        A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan?
        B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
        C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
        D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?


16.  Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup mencederakan

      dirinya sendiri?


       Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
       A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu menagih  
           simpati.
       B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada   
           kita.
       C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya
           sendiri.
       D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan dirinya.


17.  Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua kampung.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
        A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
        B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
        C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
        D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung.


Soalan 18 – 19

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

18.       I   Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos.
II  Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya.
III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.
IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat.

A  I dan II
B  II dan III
C  II , III dan IV
D  I, III dan IV


2.       I   Ibu memenuhkan  barang  dengan maklumat peribadinya.
II  Barang kemas milik Puan Asmah telah dicuri orang.
III “ Barang yang lepas usah dikenang,” ujar nenek Kiah.
IV “ Tolong belikan barang sekilo gula, Danial,” pinta ibunya.

A  I  dan II
B  III dan IV
C  I, II dan III
D  II, III dan IV


Pilih ayat yang betul.

       29.  I   Puan Munah adalah ibu saudara saya.
              II  Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah.
              III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.
              IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk.
             
              A  I dan IV
              B  II dan III
              C  I, II dan III
              D  II, III dan IV


         30. I   Azhar merasa kuah sup itu.
              II  Cikgu Haris mengajar Matematik.
              III Ibu menjahiti adik sehelai baju.
              IV Bapa membeli abang sebuah komputer.
             
              A  I dan II
              B  I dan III
              C  II dan IV
              D  III dan IV


Soalan Pemahaman

Baca petikan di  bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
            “Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.
            Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.
            Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
            Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

                                                                                     
  1. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?
A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala  
    anjing.

  1. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk
menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.
    
33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud
A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.

  1. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk         
    kampung.


Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan
Masa
Tempat
Kumpulan Umur
Pertandingan mewarna
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Di kantin sekolah
5 – 7 tahun
Pertandingan bercerita
8.00 pagi – 10.00 pagi
Di dewan sekolah
8 – 10 tahun
Mendeklamasikan sajak
10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Di dewan sekolah
10 – 12 tahun
Mencari harta karun
2.00 petang – 4.00 petang
Di tempat perhimpunan
12 tahun dan ditemani ibu bapa
Sukaneka
4.00 petang – 6.00 petang
Di padang sekolah
7 – 12 tahun dan para ibu bapa

  1. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

  1. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan 
   mendeklamasikan sajak.
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
            D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

                                                                                                         
  1. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.

  1. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

  1. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.






Soalan Latihan Bahasa Melayu Penulisan



Bahagian A
( Masa dicadangkan : 15 minit )
( 10 markah )
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.


 

Bahagian A
 ............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
10
 





Bahagian B
( Masa  dicadangkan : 40 minit )
( 30 markah )
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1.            Kamu telah berpindah ke sekolah baru. Kamu diminta menyampaikan ucapan untuk memperkenalkan diri.
Tuliskan teks ucapan tersebut.
ATAU
2.         Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu perkara tersebut.

ATAU

3.         Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu terjumpa seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Tuliskan tindakan-tindakan yang kamu lakukan bagi membantu kucing tersebut .
  

Bahagian B
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………



…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
30
 
 







Bahagian C
( Masa  dicadangkan : 20 minit )
( 20 markah )
Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di   padang sekolahnya.  Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya.  Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang  lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku.  Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu.  Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.



  

Bahagian C

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

           20

Wednesday, December 12, 2012

Selingan - Aktiviti Selepas UPSR

  • Perlawanan Bola Jaring 













video perlawanan bola jaring



  • Lawatan ke Kuala Lumpur...
I-City, Shah Alam





Aquaria, KLCC




Bergambar di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur






  • Jamuan Akhir Tahun 6










Saturday, December 8, 2012

Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C

Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C ini , merupakan bahagian yang meminta murid atau calon UPSR membuat ulasan tentang petikan yang diberi sama ada berbentuk sastera atau bukan sastera. Murid diminta membuat ulasan, sama ada mengulas tentang nilai, pengajaran, amalan baik ataupun perwatakan yang terdapat dalam petikan yang diberi. Bagi sekolah kebangsaan, murid/calon UPSR perlu menulis lima nilai, pengajaran, perwatakan atau amalan baik berdasarkan petikan, manakala untuk sekolah jenis kebangsaan empat sahaja.Ulasan hanyalah dalam satu perenggan. Panjang ulasan yang diarahkan ialah 50 patah perkataan bagi SK, manakala 40 patah perkataan bagi SJK. Walau bagaimanapun, semua murid atau calon UPSR tidak perlu terikat dengan  bilangan patah perkataan yang dihadkan. Apa yang penting ialah ulasan yang tepat dan huraian yang jelas tentang petikan yang diberi.

Berikut ialah contoh soalan untuk Bahagian C:    

Tulis lima  nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.



Menemui sahabatku Ramli, semoga sihat sejahtera.

                Walaupun seminggu telah berlalu, namun ingatan saya terhadap suasana damai di kampung saudara tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, sikap penduduk kampung yang mudah bergaul membuatkan saya seolah-olah berada di kampung halaman sendiri.

                Saya berasa bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka. Di sana, saya juga berkesempatan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.

                Selain itu, pengalaman saya menghabiskan masa di dusun sungguh menyeronokkan. Saya tidak akan lupa keseronokkan memetik, mengutip, makan, dan menjual buah-buahan.

                Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga atas layanan yang diberikan sepanjang saya berada di Melaka. Semoga saudara dan keluarga sentiasa bahagia dan gembira.

Sekian, terima kasih.                                    

                                                                                                                                                              Sahabatmu,
                                                                                                                                                       Alvin


     Berdasarkan soalan di atas, kehendak soalan meminta kita menuliskan lima nilai yang terdapat dalam petikan. Bagi SJK, kurangkan  satu nilai kepada empat nilai sahaja. Untuk memudahkan kita mencari nilai, kita bolehlah membina pelan maklumat seperti di bawah ini. Pastikan anda bijak memilih frasa yang mempunyai nilai.


   Pelan Maklumat

  Bil
Nilai
Frasa
1
prihatin
semoga sihat sejahtera
2
peramah
sikap penduduk kampung yang mudah bergaul
3
bersyukur
bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka
4
baik hati
membeli cenderamata
5
menghargai
mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga








                                         












Melalui pelan maklumat di atas, kita perlu membina ayat berdasarkan nilai yang dipilih, kemudian kita olah frasa yang  dipetik daripada petikan itu untuk dijadikan huraian seperti contoh di bawah ini.


Nilai-nilai dan huraian.


1.          Prihatin terhadap rakan dan mendoakannya semoga sihat sejahtera.

2.          Peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar mereka selesa datang ke tempat kita 
             seolah-  olah  berada di kampung sendiri.

3          Bersyukur kerana berpeluang mengunjungi bandar Melaka.

4.         Baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita.

5.        Menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan
            kepada kita semasa kita berkunjung ke rumahnya.



Berikut ialah ulasan lengkap tentang petikan tersebut:


Berdasarkan petikan, terdapat lima nilai murni yang boleh dicontohi. Antaranya kita patutlah prihatin terhadap rakan kita dan mendoakannya semoga sihat sejahtera. Selain itu kita haruslah peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar orang yang datang ke tempat kita selesa dan berasa seolah-olah berada di kampung mereka sendiri. Seterusnya kita sewajarnya bersyukur kerana berpeluang mengunjungi bandar Melaka dan dapat menambah pengalaman melalui kunjungan tersebut. Di samping itu, kita mestilah baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita. Akhir sekali kita disarankan agar menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan sepanjang kita berkunjung ke rumahnya.