Tuesday, November 13, 2012

Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sekalung ucapan terima kasih atas kesudian kalian menjengah blog ini sebagai sokongan kepada saya. Untuk maklumat semua, blog ini dibina adalah untuk memenuhi tanggungjawab saya untuk menyudahkan tugasan KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Terima kasih juga kerana dengan tugasan yang diberi ini, saya berjaya membuat blog ini dan diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan, ibu bapa dan murid-murid. 
     Melalui tugasan ini, saya berminat untuk berkongsi tentang mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan UPSR. Untuk pengetahuan semua, Bahasa Melayu Penulisan UPSR terbahagi kepada tiga bahagian
 iaitu :
       a. Bahagian A - Memindahkan maklumat 
       b. Bahagian B - Menulis Karangan
       c. Bahagian C -  Membuat Ulasan

Baiklah, pertama sekali saya ingin berkongsi maklumat tentang cara penulisan Bahagian A. Untuk pengetahuan semua, Bahagian A merupakan bahagian yang memerlukan murid membina lima ayat berdasarkan gambar, carta, jadual, peta dan sebagainya. Walau bagaimanapun soalan yang sering diuji dan popular dalam peperiksaan ialah tulis lima ayat berdasarkan gambar yang diberi. Berikut merupakan contoh soalan bahagian A.

Soalan : Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.


Berdasarkan gambar yang diberi, kita perlu meneliti gambar tersebut dan menyenaraikan kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalan gambar untuk memudahkan kita membina ayat. Antara kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar ialah :

       1. Menyusun hadiah
       2. Menyapu
       3. Menggantung kain rentang
       4. Memanjat tangga
       5. Menampal gambar
       6. Mengangkat podium
       7. Menghias pentas
       8. Meletakkan pasu bunga
       9. Memegang tangga
      10. Membetulkan kedudukan sofa

       Selepas menyenaraikan kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar, barulah kita membina ayat. Untuk membina ayat, kita perlu membina pelan maklumat supaya ayat yang kita bina lebih tersusun dan gramatis. Sebagai contoh, mari kita lihat pelan maklumat yang telah dilengkapkan di bawah ini;


Bil

Siapa /
Watak

Buat apa /
Aktiviti
Keterangan
● di mana      ● dengan siapa
● guna apa    ● untuk apa
● bagaimana ● pertanyaan lain yang sesuai
1
Aminah dan Lili
menyusun hadiah
di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.
2
Salina dan Mila
menyapu sampah
di dalam dewan supaya dewan itu bersih.
3
Mustafa
mengangkat podium
di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah cemerlang, dibantu oleh Zamri.
4
Mutu  dan Sila
menggantung kain rentang
yang bertulis “Majlis Anugerah Kecemerlang”   pada dinding di hadapan dewan itu.
5
Gary
memanjat tangga
untuk menampal gambar pada dinding manakala Raof memegang tangga yang dipanjat oleh Gary.

Selepas itu, barulah kita bina lima ayat yang lengkap seperti berikut;


      Ayat Contoh
          1.      Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.
          2.      Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.
          3.      Mustafa mengangkat podium di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah cemerlang, 
                dibantu oleh Ali.
          4.      Mutu dan Sila menggantungkan  kain rentang yang bertulis “Majlis Anugerah Kecemerlang”  
                pada dinding di hadapan dewan itu.
          5.      Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding itu, manakala Raof memegang 
                tangga yang dipanjat oleh Gary.


5 comments:

Unknown said...

Pembukaan bicara yang baik. Maklumat penulisan bahagian A amat bagus untuk dibuat panduan. Apatah lagi disertakan dengan rujukan Kamus Dewan. Banyak membantu anak didik yang mengunjung blog ini.

aimy aqiela said...

Assalamualaikum,
Blog cikgu banyak membantu saya terutama bahagian sumber rujukan iaitu Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana memuatkan maklumat ke dalam blog ini. Dengan ini saya dapat merujuk makna perkataan yang tidak difahami. Teruskan dengan info-info yang lebih menarik dan bermanfaat.

Unknown said...

Terima kasih atas komen yang membina ini. InsyaAllah cikgu akan cuba perbanyakkan maklumat melalui blog ini.

Unknown said...

Terima kasih. Kalau ada apa-apa yang boleh diperbaiki atau ditambah, saya alu-alukan cadangan daripada cikgu Shahanum.

arif hazwan said...

Assalamualaikum cikgu....
terima kasih kerana memberi info yang sangat berguna untuk saya menulis karangan terutama sekali apabila cikgu meletakkan sumber rujukan iaitu kamus dewan bahasa dan pustaka........banyak info yang bermanfaat untuk saya gunakan dalam karangan saya....saya harap cikgu dapat meletakkan banyak lagi cara hendak buat karangan yang baik...