Bahagian B
Untuk Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B, murid diminta menulis karangan mengikut format-format tertentu. Antaranya ialah:
- Surat Kiriman Tidak Rasmi
- Surat Kiriman Rasmi
- Biografi
- Autobiografi
- Temu Ramah
- Diari/ Catatan
- Dialog
- Melengkapkan Cerita
- Cerita
- Keperihalan
- Laporan
- Syarahan
- Berita
- Ucapan
- Peribahasa
- Perbincangan
- Tindakan
- Gambaran
Panjang karangan yang perlu dibuat sekurang-kurangnya 80 patah perkataan bagi Sekolah Kebangsaan, manakala 60 patah perkataan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil. Berikut adalah contoh-contoh karangan dalam Bahagian B:
Ceritakan tentang kebaikan
sahabat-sahabat kamu.
Setiap
orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat sama ada di
sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat
saya ini kerana mereka amat baik dengan saya.
Antara
kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam
pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan
Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik.
Selain
itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka.
Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan
berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di
samping dapat menyihatkan tubuh badan kami.
Seterusnya
sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam kesusahan.
Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah
bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli
makanan.
Akhir
sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya,
kami sering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku.
Ini secara tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami bersama.
Kesimpulannya,
saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik hati.Bagai isi dengan
kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan
persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan
berkekalan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah
Kebangsaan Taman Kim Soon,
70400
Seremban,
NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS.
_______________________________________________________________________________
Tuan
Pengarah Urusan,
Kumpulan
Karangkraf Sdn. Bhd.,
50-54,
Lorong Rahim Kajai 14,
Taman
Tun Dr.Ismail,
60000
KUALA LUMPUR. 6 OGOS 2011
Tuan,
Lawatan
Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf
Merujuk
perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli Persatuan Bahasa
Malaysia sekolah kami bercadang untuk ke penerbitan tuan. Lawatan tersebut
sebagai satu cara untuk mendedahkan ahli dengan pengalaman penerbitan. Ini
selaras dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin persatuan.
2.
Ini merupakan lawatan pertama dari
sekolah kami ke penerbitan tuan. Ahli-ahli memang berharap sangat untuk
mengetahui cara-cara penerbitan majalah ‘Dewan Pelajar’. Untuk pengetahuan tuan, majalah tersebut kami langgani sebanyak
200 naskah sebulan.
3.
Sehubungan dengan itu ,
bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk maklumat pihak tuan.
3.1.
Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2001
3.2. Waktu
: 9:30 pagi – 11:30 tengahhari
3.3.
Peserta : 40 orang murid dan
empat orang guru
4. Bagaimanapun, jika tarikh tersebut
tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah tarikh lain. Kami sedia menanti waktu
yang sesuai ke tempat tuan. Namun, sama ada kunjungan kami diterima atau tidak,
diharapkan berilah jawapan segera untuk memudahkan kami membuat persiapan.
5.
Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami yakin pihak tuan tidak
akan mengecewakan harapan kami. Sesungguhnya ada jalan untuk kami ke penerbitan
tuan.
Sekian,
terima kasih.
Yang
menjalankan tugas,
Farizah Dakir
(FARIZAH BINTI DAKIR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah
Kebangsaan Taman Kim Soon.
Soalan :
Sekolah kamu telah menganjurkan
bulan kemerdekaan. Tuliskan berita
tentang bulan kemerdekaan tersebut.
RAWANG,
Jumaat- Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan Bulan
Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah
diadakan sepanjang bulan tersebut.
Tujuan Bulan Kemerdekaan ini
diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di
samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.
Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan
pelancaran telah dilakukan oleh puan Guru Besar. Beliau mengingatkan
murid-murid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini
perlu dipertahankan oleh generasi muda.
Antara aktiviti yang dijalankan
ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis
poster dan pameran tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk
murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas
juga turut diadakan.
Pada acara penutup,Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Para pemenang telah
menerima hadiah berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta
melaungkan kalimah ‘Merdeka’ dengan penuh semangat.
Pihak sekolah berharap semangat
sayang akan negara tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini.
Soalan :
Tuliskan syarahan yang bertajuk ‘ Pentingnya Menjaga Kebersihan di Sekolah’
Yang dihormati Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini
saya ingin
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pentingnya Menjaga Kebersihan
Sekolah”.
Hadirin yang dihormati,
Kebersihan
penting dalam hidup seseorang insan. Hidup yang bersih menerajui hidup yang
sihat. Selain kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal, kebersihan sekolah
juga perlu dititikberatkan.
Sekolah
ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah murid.
Persekitaran yang bersih memudahkan penerimaan pelajaran yang diajar. Kesannya,
suasana kelas yang kondusif merangsang murid untuk mengikuti pembelajaran.
Hadirin yang dikasihi, Sekolah
yang bersih menimbulkan suasana yang ceria dan selesa. Suasana ini merangsang
murid untuk berfikiran positif dan mempunyai minda yang tenang. Oleh itu,
murid-murid dapat menjauhkan diri daripada gejala negatif.
Selain
itu, sekolah yang bersih dapat meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat.
Hal ini kerana masyarakat menilai sekolah bukan sahaja dari segi kelakuan dan
pencapaian murid, tetapi juga persekitaran sekolah yang bersih. Dengan itu ibu
bapa dan anggota masyarakat akan berasa seronok untuk berkunjung ke sekolah
yang sentiasa bersih.
Akhir
sekali, menjaga kebersihan sekolah itu penting adalah untuk memupuk rasa
kecintaan murid terhadap sekolah. Contohnya, murid-murid sentiasa bekerjasama
menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah dan tidak membuang sampah
merata-rata. Hal ini akan membentuk murid-murid yang sayang akan sekolahnya.
Hadirin yang dimuliakan,
Jelaslah
kebersihan sekolah patut dijaga. Oleh itu sama-samalah kita menjaga kebersihan
sekolah demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.
Soalan.
Kamu
menyertai perkhemahan pada cuti sekolah yang lalu. Tulis
catatan tentang aktiviti perkhemahan
tersebut.
Jawapan Contoh:
Sabtu, 12 Mac 2011
7.00
pagi
Aku
bangun awal pagi. Aku bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan yang dianjurkan
oleh Persatuan Pengakap.
Ayah menghantar aku ke sekolah.
7.30
pagi
Kami
berkumpul di sekolah. Cikgu Rashid meneliti senarai nama para peserta. Setelah
itu kami pun bertolak ke Hutan Reakreasi Ulu Yam. Kami ke sana dengan bas. Pemandangan
sepanjang jalan ke sana memang indah. Keadaan jalan agak bengkang-bengkok.
10.30
pagi
Kami
tiba di tempat perkhemahan itu. Kami segera mencari tapak yang sesuai untuk
mendirikan khemah. Kami bersama-sama mendirikan khemah. Cikgu Rashid
membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Fuad diminta mengambil air. Beberapa
orang membantu Cikgu Rashid untuk
menyediakan makanan. Selepas makan, kami rehat seketika.
2.30
petang
Kami
mengadakan sukaneka, pertandingan membuat ikatan, dan mencari harta karun. Aku
telah memenangi acara membuat ikatan. Kemudian, kami berehat sambil minum
petang. Aku dan beberapa orang rakan bermandi-manda di air terjun yang terdapat
di situ. Airnya memang sejuk. Tiba-tiba Suresh menjerit. Kami segera
mendapatkannya. Rupa-rupanya seekor pacat di kakinya. Borhan segera membuang
pacat itu. Kami ketawa apabila melihat wajah Suresh.
8.30
malam
Selepas
makan malam, kami membuat unggun api dan duduk mengelilinginya. Kami bernyanyi
sambil bertepuk tangan. Ada pelbagai persembahan turut diadakan. Antaranya
tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Sebelum masuk tidur, kami
berbual-bual seketika. Suasana alam itu sungguh
nyaman. Kedengaran deruan air terjun.
Ahad, 13 Mac 2011
7.40
pagi
Kami
bangun awal pagi. Kami membuat senam robik. Setelah itu, kami masak nasi goreng
untuk sarapan. Cikgu Rashid membenarkan kami mandi-manda di air terjun.
Kemudian, kami mengemaskan barang untuk pulang. Kami membersihkan kawasan
perkhemahan itu. Aku berasa gembira kerana berpeluang menyertai perkhemahan
seperti ini.
Soalan:
Baru-baru
ini rakan kamu telah terpilih sebagai Tokoh Nilam. Kamu telah menemu ramahnya
untuk mengetahui tentang faedah-faedah membaca buku. Tulis temu ramah kamu itu
selengkapnya.
Jawapan Contoh
Anita : Apa khabar Zambri? Tahniah kerana tepilih
sebagai Tokoh Nilam.
Zambri : Khabar baik. Terima Kasih atas
penghargaan kamu itu.
Anita : Kamu memang rajin membaca. Saya ingin
mengetahui apakah kelebihannya apabila
kita banyak membaca buku cerita?
Zambri : Sebenarnya Anita, dengan membaca
kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, apabila saya membaca
buku-buku sejarah negara kita. Kesannya, saya
lebih menghormati dan menyanjung tinggi
pengorbanan para pemimpin negara yang
telah banyak berjasa.
Anita : Bagaimana dengan kemahiran kita berbahasa
kamu?
Zambri : Membaca dapat meningkatkan
penguasaan saya dalam berbahasa. Sebagai contoh,
sekiranya saya
menemui kosa kata yang tidak saya fahami, saya akan terus merujuki
kamus. Penguasaan bahasa saya bertambah baik
dan saya mampu mengarang dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Anita : Adakah tabiat itu tidak membuang masa?
Zambri : Sebenarnya dengan membaca, kita
telah mengguna masa terluang kita dengan baik.
Hal ini dapat mengelakkan kita daripada
bergaul dengan budak-budak nakal. Dengan
demikian tidaklah kita terjebak ke dalam
kancah gejala sosial.
Anita : Bagaimanakah perasaan kamu setelah selesai
membaca sesuatu buku?
Zambri : Membaca buku ibarat hiburan kepada
saya. Setelah selesai membaca sesuatu buku,
saya akan berasa seronok dan puas. Fikiran
saya akan menjadi tenang dan selepas itu mudahlah
untuk saya mengulang kaji pelajaran.
Anita : Terima kasih kerana sudi ditemu ramah.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan.
Zambri : Terima kasih. Mari saya tunjukkan
koleksi buku saya.
Pengalaman
menghadiri majlis perkahwinan .
Pada cuti persekolahan yang lalu,
saya sekeluarga telah menghadiri suatu majlis perkahwinan saudara saya yang
diadakan di kampung ayah saya di Jelapang. Kami pergi ke sana dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayah.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Jelapang mengambil masa kira-kira tiga jam. Ayah menggunakan Lebuh Raya PLUS
kerana ingin cepat sampai. Pemandangan semasa perjalanan ke sana sungguh menarik
serta mengasyikkan.
Kami tiba di rumah saudara kami
kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek. Suasa
di sana riuh-rendah dan keadaan menjadi sibuk dengan kehadiran saudara mara
yang turut sama membantu. Saya dan ayah turut sama membantu menyusun kerusi dan
meja untuk tetamu, manakala kakak dan ibu pula membantu menghias pelamin.
Pada pukul 11.30 pagi, segala
persiapan telah selesai. Banyak jemputan, saudara mara dan sahabat handai yang
hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Saya dan jiran tetangga
yang lain membantu mengangkat hidangan dan melayan tetamu yang hadir.
Tepat pada pukul 2.00 petang,
kehadiran pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang. Selepas itu,
kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin. Mereka kelihatan sama cantik
seperti pinang dibelah dua. Banyak hadiah yang diterima oleh pengantin
tersebut.
Pada pukul 5.00 petang, majlis
perkahwinan tersebut telah selesai. Pada keesokan harinya, kami sekeluarga
pulang semula ke Kuala Lumpur. Saya berasa amat gembira dan pengalaman ini
tidak dapat saya lupakan.
Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet
Internet
merupakan sistem komunikasi yang direka cipta untuk menyampaikan maklumat dari
serata dunia. Sistem ini boleh dicapai melalui komputer dan televisyen. Dengan
kecanggihan teknologi masa kini, internet boleh juga dilayari melalui telefon
bimbit.
Melalui
internet, kita akan dapat mengetahui sesuatu maklumat dari serata dunia dengan
lebih cepat terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal
semasa. Oleh itu, minda kita akan lebih terbuka dan sentiasa terkini dengan
berita-berita dari seluruh pelosok dunia.
Kita
juga boleh menambahkan pengetahuan dengan menjadikan internet sebagai tempat
untuk mencari maklumat yang ingin kita ketahui. Contohnya kita dapat mengetahui
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi melalui laman sesawang tertentu.
Ini boleh menjadi satu sumber rujukan dan membantu proses pembelajaran di dalam
kelas.
Namun
begitu, keburukan internet tidak dapat disangkal terutama tentang budaya
kuning. Bagi mereka yang mudah terpengaruh, mereka akan meniru bulat-bulat
perkara negatif yang dipaparkan. Hal demikian akan menyebabkan perkara-perkara
negatif meresap masuk dalam budaya masyarakat kita hari ini.
Bagi
sesetengah golongan murid pula, internet akan menyebabkan mereka membuang masa
dengan sia-sia . Kerana terlalu asyik dengan internet, mereka malas untuk
mengulang kaji pelajaran. Akibatnya, pelajaran mereka merosot dan keputusan
peperiksaan mereka terjejas.
Sistem
komunikasi internet ini sememangnya ada kebaikan dan keburukannya. Teknologi
ini perlu dipelajari dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, kita perlu
pandai memilih dan menilai untuk mendapat manfaat daripadanya.
Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun renyai-renyai.
Jam pada dinding menunjukkan pukul 10.00 malam. Ibu dan ayahku masih belum
pulang. Tiba-tiba…
Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi
dentuman yang kuat dari luar rumahku. Aku meluru ke tingkap. Aku mengintai keluar, namun objek yang aku
lihat tidak jelas kerana suasana agak kelam. Aku mengambil keputusan untuk
keluar menyiasat. Aku mencapai payung yang terletak di tepi pintu.
Setelah
aku menghampiri tempat tersebut, barulah aku dapat melihat rupa-rupanya satu
kemalangan telah berlaku. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dengan
sebuah motosikal. Kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah yang
bertentangan.
Aku
agak terkejut apabila ternampak penunggang motosikal tu terperosok di bawah
kereta. Pemandu kereta itu pula kelihatan cedera parah dan pengsan di tempat
duduknya. Aku segera masuk semula ke dalam rumah lalu menghubungi talian
kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans dan polis.
Setelah
itu, aku keluar dan memanggil jiran-jiran untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Ada juga yang sudah menjengah-jengah di muka pintu kerana mereka turut
mendengar bunyi dentuman tadi. Mereka segera datang memberi bantuan. Kami cuba
mengeluarkan pemandu dan penunggang yang cedera itu dengan berhati-hati.
Sejurus
kami dapat mengeluarkan penunggang motosikal itu dari bawah kereta, ambulans
pun tiba. Rawatan lanjut diberikan kepadanya. Kedua-dua mereka segera
dikejarkan ke hospital.
Tidak
lama kemudian ibu bapaku pulang. Aku menceritakan apa yang telah berlaku kepada
mereka. Aku bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan
itu. Kejadian itu memberi peringatan kepadaku agar lebih berhati-hati ketika di
jalan raya.
Akhiri karangan anda dengan….kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga
ke hari ini.
Aku
mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Ketika itu aku dan
rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama. Kami juga suka menunggang basikal
dengan laju sambil bersaing-saing.
Petang
itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari latihan sukan di sekolah.
Azmi telah mengajak kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah,
kamipun menyahut cabarannya.
Sedang
asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi tidak dapat mengawal basikalnya lalu
terhumban ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah.
Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang.
Kami
berasa amat cemas dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata
itu. Namun apabila melihat Azmi meraung kesakitan, kami segera menghulurkan
bantuan. Kami memapahkan Azmi keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas
rumput.
Aku
segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan
kaki Azmi. Azmi berkerut menahan kesakitan, sementara itu nasib kami baik
apabila ada seorang pemuda memberhentikan kereta lalu memberikan pertolongan.
Azmi segera dikejarkan ke hospital.
Akibat
kecederaan yang agak parah, Azmi telah diberikan sepuluh jahitan pada lukanya.
Kakinya pula berbalut dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar
insaf melihat tragedi yang menimpa Azmi. Wlaupun telah lama berlalu, namun
demikian kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.
Kepentingan Perpustakaan
Setiap
sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan. Di perpustakaan terdapat pelbagai
jenis bahan bacaan, antaranya buku cerita, novel, majalah dan akhbar. Buku-buku
cerita yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad
pinjaman.
Antara
kepentingan perpustakaan adalah dapat memupuk amalan membaca serta mampu
meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh jika kita membaca buku
tentang sejarah tokoh negara, kita akan menambahkan pengetahuan tentang sejarah
negarawan. Pengetahuan yang ditimba itu dapat menyemai semangat patriotik
terhadap negara.
Jika
kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Hal
yang demikian menjadikan kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga
tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul
dengan budak-budak nakal.
Membaca
buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberi hiburan kepada kita.
Contohnya kita akan terhibur dengan cerita-cerita lucu yang dibaca atau
mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita akan
menjadi tenang dan gembira dengan bacaan tersebut.
Melalui
buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat
meningkatkan penguasaan bahasa seseorang murid. Contohnya kita dapat
mempelajari kosa kata baru yang boleh digunakan semula dalam penulisan
karangan. Jika kita tidak tahu makna sesuatu perkataan pula, boleh dirujuk di
dalam kamus. Secara tidak langsung kita dapat menambahkan perbendaharaan kata
yang baik dan berguna untuk kita.
Sesungguhnya,
perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid.
Kemudahan yang ada di perpustakaan jangan dipersia-siakan. Sama-samalah kita
menjaga buku-buku yang ada di dalam perpustakaan kerana buku-buku itu akan
digunakan oleh orang lain pula.
Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR
Pada
minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi UPSR. Kem
motivasi sehari ini telah diadakan bertempat di dewan sekolah saya. Saya dan
rakan-rakan turut tidak ketinggalan menyertai program yang amat bermanfaat
kepada murid-murid tahun enam ini.
Pagi
itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas
masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran.
Kemudian kami telah diarahkan beratur untuk masuk ke dalam dewan.
Setelah
masuk ke dalam dewan, Cikgu Azlina selaku penyelaras kem motivasi telah
memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang atur cara dan peraturan kem
motivasi ini. Kemudian Guru Besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan
merasmikan kem motivasi ini.
Seterusnya
bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama
dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik,
Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar
dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Saya
dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan dan teruja setelah mendengar
ceramah motivasi tersebut. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dapat
ditimba melalui penceramah-penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk
menghadapi peperiksaan UPSR.
Setelah
seharian berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah, kami pun dibenarkan
pulang kira-kira pada pukul 6.30 petang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan
rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 5A
dalam peperiksaan UPSR kelak.
Tuliskan suatu cerita berdasarkan peribahasa “ Air Dicencang Tidak Akan Putus”
Abang
Farid dengan Kak Mazni perang dingin. Beberapa bulan mereka tidak bertegur
sapa. Puncanya ialah kebun getah yang ditinggalkan oleh ayah. Sebelum ayah meninggal
dunia, ayah telah mewasiatkan kebun getah itu kepada aku, Abang Farid dan Kak
Mazni. Arwah ayah berharap agar kami mengusahakan kebun itu bersama-sama. Aku
tahu bahawa niat arwah ayah baik. Beliau mahu kami adik-beradik bersatu hati.
Namun begitu, niat arwah ayah tidak tercapai gara-gara sikap Abang Farid dan
Kak Mazni.
Kak
Mazni mahu menjual kebun getah itu. Alasannya tiada sesiapa ingin
mengusahakannya. Lagipun, tidak ada sesiapa antara kami tinggal di kampung.
Masing-masing ada kerjaya sendiri.
Abang
Farid tetap tidak bersetuju akan cadangan kakak Mazni. Lagipun, arwah ayah
sudah berpesan agar jangan sekali-kali menjual tanah itu. Kak Mazni menyatakan
bahawa ada ejen hartanah yang sanggup
membeli tanah itu dengan harga yang tinggi. Kak Mazni menuduh abang Farid ingin
membolot harta itu. Akibatnya, abang Farid dengan Kak Mazni bermasam muka.
Hari
ini Abang Farid mengadakan kenduri arwah di rumah pusaka kami. Banyak saudara-
mara dan jiran yang hadir ke majlis itu. Aku memberitahu Kak Mazni tentang
kenduri itu. Aku mengajaknya pulang ke kampung. Aku tertunggu-tunggu kedatangan
Kak Mazni tetapi hingga majlis itu selesai, Kak Mazni tidak juga muncul.
Ketika
aku dan Abang Farid mengemas di halaman rumah, sebuah kereta masuk. Sebaik
sahaja kereta itu berhenti, Kak Mazni terus keluar dari kereta itu. Dia terus
menerpa ke arah aku dan Abang Farid. Dia terus bersalam dengan Abang Farid. Dia
memohon maaf atas sikapnya. Air mata kegembiraan berlinang di kelopak mataku.
Inilah saat-saat yang aku nanti-nantikan. Aku ingin melihat adik-beradikku
berbaik semula seperti dahulu. Begitulah kata orang, “air dicencang tidak akan
putus”.
Ucapan Sempena Hari Guru.
Yang
dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru yang
dikasihi, dan rakan-rakan yang budiman. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya
ucapkan. Saya mewakili murid-murid sekolah ini untuk mengucapkan Selamat Hari
Guru kepada guru-guru yang kami kasihi.
Hadirin yang saya hormati,
Hari
guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan guru, Sesungguhnya, jasa
dan pengorbanan para guru terhadap kami amat bernilai dan rasanya tidak
terbalas dengan wang ringgit. Tanpa guru kami umpama orang buta yang kehilangan
tongkat. Guru umpama lilin, membakar dirinya semata-mata untuk kesejahteraan
orang lain.
Tugas
sebagai guru memang mencabar dan memerlukan kesabaran. Guru memberikan
bimbingan dan pendidikan kepada kami. Tiada lain harapan mereka selain ingin
melihat kami berjaya demi masa depan. Guru bukan sahaja mengajar malah terpaksa
menghadapi pelbagai karenah kami.
Selain
itu, guru turut berusaha untuk membantu serta memberi galakan kepada kami untuk
berusaha demi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Segala tunjuka ajar dan
nasihat gurun amat kami hargai. Guru berbuat demikian demi kebaikan kami juga.
Hadirin yang dikasihi,
Pada
hari yang bersejarah ini, saya serta rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami. Sebagai tanda ingatan
kami terhadap jasa dan pengorbanan guru, saya serta murid-murid yang lain ingin
menyampaikan cenderamata kepada Tuan guru Besar. Akhir kata, sekali lagi saya
ucapkan selamat hari guru. Semoga guru-guru yang kami kasihi dilimpahi
kesejahteraan dan terus mendidik kami tanpa berasa jemu.
Sekian, terima kasih.
4 comments:
Tahniah,blog yang menarik dan banyak info-info penulisan yang dapat dikongsi bersama.Tq.
Wow, cantiknya! Terima kasih atas info yang disiarkan.
blog anda sangat bermanfaat buat saya dan yang lain2 ..
Terima kasih berkongsi contoh-contoh karangan.
Post a Comment